emas public gold

emas public gold lebih murah dari yang lain

Manfaat dan Kelebihan Emas Public Gold

Apabila anda hendak membeli emas, anda tidak boleh tengok cuma satu kriteria sahaja untuk melakukan perbandingan dengan kedai atau syarikat emas lain, tapi kita perlu nilaikan secara pakej keseluruhan, sekurang-kurangnya 10 kriteria sebagaimana saya telah menulis isi artikel saya ini. Cuba anda teliti manfaat dan kelebihan utama emas Public Gold ini, kemudian buat perbandingan:

Manfaat dan Kelebihan Emas Public Gold

1 – Harga Lebih Murah Dari Kedai Emas

Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-olah kita beli terus dari kilang. Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama. Cuba bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di pasaran. Secara umumnya, saya boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran.

2 – Susut Nilai Terendah Di Pasaran Negara

Susut nilai (atau “spread”) adalah kriteria paling penting bila nak dapatkan untung maksimum dalam pelaburan emas. Susut nilai emas Public Gold cuma 4.5% – 8% sahaja, bergantung kepada jenis emas yang kita pilih. Saya perhati, pembeli emas Public Gold rata-rata yang paling aktif jual beli emas di Malaysia oleh disebabkan susut nilai dia kecil. Bila harga emas naik sedikit, pembeli dah boleh jual untuk dapatkan untung. Tidak perlu tunggu begitu lama. Bila harga emas turun sikit, dah boleh terus mula beli balik emas. Sebagai contoh, Susut nilai gold bar 250 gram cuma 4.5%. Apabila harga emas pasaran naik 10%, anda secara automatik sudah untung paling kurang 5.5% sahaja.

3 – Stok Tanpa Had

Sekiranya harga emas menjunam begitu banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak emas yang kita mahu. Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock. Hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”. Contohnya, siapa yang beli emas sekitar hujung Disember 2013, bulan Mac 2014 dia dah boleh jual dan nikmati keuntungan sekitar 5% – 7% bergantung kepada item yang dia pilih. Saya perhati, ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.

4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat bulan oktober 2015 ini, Public Gold sudah ada 18 cawangan termasuk satu di Singapura. Setiap negeri ada office Public Gold. Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah bila cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang modal tak besar. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di pejabat cawangan terdekat.

5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Sudah Rosak

Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dsb asalkan berat masih kekal. Andai anda hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Jadi, Orang yang simpan emas Public Gold lebih tenang akal fikiran dan jiwanya.

Sesetengah syarikat lain bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal ataupun seal rosak pun dah jatuh nilai. Bila hilang resit, harga dah lain. Kalau buka seal plastik, dia akan tolak paling kurang 25% dan ia dikira sebagai “used gold”.

6 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagar. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga untuk mendapatkan pinjaman kewangan sementara.

7 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut waktu semasa harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.

8 – Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa syarikat dah yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari. Tak ada masalah dari sudut pembayaran. Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.

9 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan. Setiap keping emas disertakan sijil ketulean yang disahkan oleh assayer bebas.

10 – Tiada Yuran Sebenar Menjadi Ejen

Untuk menjadi seorang agen, pembelian emas dengan wang sebanyak RM30,000 dalam satu resit sahaja sudah cukup untuk anda secara AUTOMATIK menjadi dealer emas Public Gold. Tiada istilah bayaran yuran sebenar untuk menjadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat ataupun kedai emas mengenakan yuran hangus yang lesap mengikut harga tertentu, sebagai contoh RM1,000 untuk layak jadi dealer tetapi duit itu diberikan sepenuhnya kepada syarikat ataupun kedai tanpa kita mendapat faedah. Dengan Public Gold, secara percuma sahaja anda menjadi dealer setelah membeli emas tersebut.

Kalau anda beli emas RM30,000 hari ini, kemudian menjual kesemuanya keesokan harinya, anda tetap juga menjadi dealer Public Gold yang sah dan layak mendapat REBAT untuk belian pertama dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping coin 1 dinar.

Tiga Kelebihan serta keuntungan menjadi dealer Public Gold.

Pertama: setiap pembelian utk diri sendiri akan mendapat 1% diskaun dari jumlah harga.

Kedua: Bila agen jual balik emas, maka agen ada dapat extra 0.3% komisyen dari nilai jualan emas tersebut. Contohnya kalau jual balik emas kat public gold dengan harga RM10,000 maka agen akan dapat RM10,000 + RM30 = RM10,030

Ketiga: Setiap kali RECOMMEND (bukan jual) customer baru kepada public gold, maka akan dapat komisyen 1% daripada nilai pembelian customer tersebut. dan setiap kali customer tersebut membeli produk Public Gold maka agen yang recommend tetap akan dapat 1%. Agen tidak perlu menjual emas. Sekadar recommend customer baru sahaja.

Kesimpulannya,

Urusan jual beli emas di Public Gold ini menguntungkan sepertimana yang telah saya terangkan diatas. Andai kata sekarang anda cukup modal dan mempunyai keinginan untuk mencari bisnes yang menguntungkan, maka sudah tentu menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang tepat. Ini adalah satu peluang yang sangat bernilai bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri dihujung jari anda. Waktu inilah peluang yang ada bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas sesama masyarakat di luar sana.

• Meet the Author • SyafiqAjis


Blogging With Passion - Mencoret blog kerana pelat percakapan. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge