pg public gold museum

pg public gold museum

Teknik Cara Capai Target Jual Beli Emas

Apabila memulakan simpanan emas, anda perlu tahu target simpanan iaitu berapa lama jangka masa untuk anda simpan emas, oleh disebabkan dalam jangka masa tersebut, harga emas boleh berlaku kenaikan dan penurunan. Sekiranya anda berniat untuk menyimpan, saya mencadangkan untuk anda kerap melihat laman blog saya kerana widget yang berada disebelah kanan saya inilah merupakan graph rekod semasa harga emas.

Bagaimana teknik melihat graph harga emas?

Mudah sahaja, sepertimana anda melihat graf dibawah ini, harga emas telah mengalami kejatuhan pada hujung bulan julai manakala melonjak naik tinggi pada hujung bulan september.

Teknik Cara Capai Target Jual Beli Emas

Graph harga emas turun naik

Gambar: Graph harga emas turun naik

Jadi, bilakah waktu untuk anda membeli dan menjual emas?

Waktu yang amat sesuai membeli emas sudah tentulah semasa harga emas mengalami kejatuhan manakala membeli emas semasa harga meingkat tinggi.

Sebagai contohnya, gambar dibawah merupakan harga semasa emas Public Gold yang mengalami kejatuhan harga emas pada 28 Julai 2015 dan kemudiannya meningkat pada 17 September 2015. Jurang masa hanya beberapa bulan sahaja sudah mampu memberikan anda keuntungan besar sebagai seorang penyimpan emas.

Harga Emas Julai

Harga Emas Julai

Harga Emas September

Harga Emas September

 

Mengikut harga yang tersenarai, apabila anda membeli emas 100gram pada 28 Julai dengan harga RM14,451, kemudian menjual semula kepada public gold dengan harga RM15,372 pada september. Keuntungan yang anda peroleh adalah sebanyak RM921 iaitu hampir 6% untung.

Pada pandangan saya, keuntungan ini melebihi daripada dividen tahunan simpanan anda di ASB, Bank, Tabung Haji dan lain-lain kerana anda untung 6% dalam masa 2 bulan, dividen hanya sekali setahun. Mana satukah lebih berbaloi? meyimpan dalam bentuk emas fizikal atau simpan duit?

Kesimpulannya,

Saya menggalakkan anda supaya meyimpan emas, lebih-lebih lagi untuk simpanan masa hadapan anak-anak anda. Sudah tentu emas yang disimpan lebih lama, lebih tinggi nilainya.

• Meet the Author • SyafiqAjis


Blogging With Passion - Mencoret blog kerana pelat percakapan. Berkongsi dan mendatangkan hasil. Terima kasih.


0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge